Wednesday, July 06, 2011

Ku lihat air mata lagi.

12.36 am. Lampu bilik sudah dipadam. Dua orang kawan sebilik sudah mau tidur. Cermin mata dipakai lalu laptop kawan dibuka. Kali ini mari guna wireless Uia yang sangat awesome. Hehe. Terasa mahu menulis lagi. Maaf dipinta sekira ada yang terasa. Aku manusia biasa, punya perasaan yang mahu diluahkan namun kadang kadang tidak tahu apakah yang diluahkan itu tidak atau ada memakan hati sesiapa. Harap tidaklah. Sorry. :) Hari ini  ku dengar kisah baru, perihal si kawan yang seorang lagi, Si kawan yang tampaknya sentiasa positif. Si kawan yang aku sudah kenal hampir setahun lebih di sini. Aku masuk ke bilik, dia ada, air mata bergenang. Aku tanya kenapa. Oh, kisah persahabatan yang di sia sia kan. Alamak. Terasa pulak minggu ini minggu sedih ke apa. Effect juga pada diri tau huhu. Sudah banyak pula air mata jatuh kulihat. Aku mula meminjamkan telinga.  Kadang kadang dalam berkawan ada juga si racun. Si racun yang suka mengambil kesempatan atas sesuatu kebaikan, si racun yang tidak pernah mahu mengenal budi, si racun yang suka bermain dengan ego dan emosi. Merasakan diri gagah berkata 'Friend? Lets end it' akhirnya terbicara. Si racun rasa puas hati. Si kawan datang kembali merasakan tidak matang nya sebegini. Namun ditolak seperti tiada maruah dalam diri. Aah, cerita ikhlas ikhlas berkawan akhirnya kena backstabbed la ni. Aku juga mengenal siapa2 di dalam cerita ini. Tapi siapa aku untuk berkata lebih. Aku suruh si kawan diam, relaks lah kalau rasa dah buat benda betul. Harimau yang diam itu lagi ditakuti daripada anjing yang dipukul menyalak. Yang pasti, si kawan akhirnya mengenal siapa kawan siapa lawan. Menangislah sepuas puas nya ok. Awak tak rugi wahai si kawan, Esok bangkit. :)

  Awal malam, thanks Hazimah Lieww Hihihi for the guitar. Kawan sebilik Syud namanya mula memetik tali gitar. Rindu le tu. Vokalis harusla wajeehah. hahaha. Raja, bersama si kawan. Mulaaa dari lagu love light, banmal, menanti sebuah jawapan, hadapi dengan senyuman, jars of hearts, hey soul sister, price tag, marry you, dan akhirnya rindu setengah mati. Layan. Agak awesome syud. Berapa kali lagu Aku rindu setengah mati dia main. Lagu penuh syahdu.

  Lewat malam, Jumpa balik si Hazimah Liew. Hehe my soul sister kat sini. Sengaja mahu betanya khabar, akhirnya 5 minit jadi 2 jam? Haha. Nampak sedih lagi raut wajahnya. Aku faham ,cerita dia aku boleh rasa. Cerita, pendapat, luahan hati semua lebih kurang. Soul sister! :D Tapi hari ini, membuat aku rasa gusar kembali. Ia datang lagi. Kadang kadang bila sebuah kenyataan itu sedang berlaku, kita lebih suka mahu untuk berpura pura sebentar. Padahal, entah. Mungkin dari sebentar, boleh jadi lama. Ya, tiba tiba aku takut. kadang-kadang aku mahu, tapi aku tak tahu.

Assalamualaikum. 

3 comments:

  1. Thats life. Kalau hidup asyik senang je takda makna jugak. Ambil yang positif, itukan pengalaman.

    Ahh minggu air mata nih. Pengajaran buat kita. Kan? Awak, pun sama kena kuat.

    Kalau ada jodoh ada la :)

    Ohh! Rindu gitar hee

    ReplyDelete
  2. To pemuzik jalanan :
    Ya! Ada sesuatu la tu untuk kita belajar jugak. Yg mana salah, kita betul kan. Mungkin sifat-sifat ini pernah atau sedang ada dlm diri kita. Tp kita boleh belajar, selagi ada hari ini dan esok. :D
    Minggu air mataa. Takpa, akan disusuli dgn minggu dekahan ketawa :)


    Jas, Yeee. :)

    ReplyDelete