Monday, July 04, 2011

Apa pun tak boleh.

Salam. Petang ni ada quiz kimia. Tapi merasakan otak perlu rehat, Hehe yela tu en.. jadi laptop aku buka. Broadband dipasang. Hm, terasa mahu menulis. Semalam aku dan rommate meminjamkan bahu kepada seorang lagi kawan baik kami, aduhai berderai air matanya. Sedih. Tak pernah kulihat dia kesedihan sebegitu rupa. Sakit dia rintih, kenapa dia selalu kena macam tu. Dulu sahabat baik menikam belakang , sekarang seorang teman lelaki. Dulu mencari, harapan diberi, namun di hati tiada redhai. Bila si perempuan sudah hampir memberi hati, akhirnya terluka hati. Si perempuan hanya mahu menjadi diri sendiri, sudah acap kali berkata yang dia tidak pernah ber relationship, maka dia tidak bersedia. Walau di hati terdetik, namun chill chill belum lagi. Si lelaki akhirnya tidak dapat menerima, lalu memulakan agenda membalas sakitnya dihati. Haih, kemon la bro. Aptb. Caci maki diberi, hati perempuan di anggap macam batu. Kasar kasar perempuan tu pun, sakit juga tahu tak. Mahu main tarik tali sangat, tak de guna bro kalau tak de keberanian dalam hati.  Aku juga pernah merasa sekali. Ya, sedih. Tapi, atleast bagi aku cara si dia lebih gentleman. Tak pernah pula berkasar. Susah mana nak lepas, si dia tetap pernah ada dalam hati, aku cuba untuk faham. Orang tanya kenapa aku nampak kuat sangat, ye la tu. Takes time juga. Di hati siapa tahu. Tapi aku redha, kerana syg aku lepas. Tapi dahla kan. Buat apa mahu kecoh, Jodoh itu di tangan Tuhan.  Entahlah, Cuma berdoa si kawan kuat. Apa aku tahu si kawan dia perempuan sejati, bukan seperti yang lain. Dia sedih, aku sedih. Dia happy, aku happy. Dia sakit, aku sakit. Akhir kata, rilek rilek je kawan. :)

She’s a keeper, too bad you didn’t keep her.



No comments:

Post a Comment