Saturday, July 30, 2011

Harimau.

Mood : Aumm.

Singapurapurapurapurapurapurapurapura.
Macam tak mau main bola. Aduyai.



Ps:
 :)
It's always the same conversation that I never wanted to end.
And the ending that I wanted to hear again.

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan :)

   Selamat datang bulan tercinta, tahun-tahun yang lepas mungkin sambutan ku seperti tidak tersambut, kerna diri terasa penuh dengan dosa.

Beri peluang Ya Allah untuk ku turut serta lagi, kerna ku tahu ini masanya, untuk bergantung penuh terhadap-Mu. Untuk merasa kehadiranMu.


Detikkan hidayah, bimbing lah aku , serta bimbing lah jiwa-jiwa serta hati orang-orang yang aku sayang. 
Bawalah kami ke suatu pengharapan kehidupan yang lebih hakiki. 




Doa lah. Dan percaya. Allah sayang manusia. Tak kira buruk atau baik sejarah kehidupan nya. Sesungguhnya orang yang tidak mempercayai akan janji Tuhan itu rugi, dan terlalu rugi.



Sunday, July 24, 2011

Dont wanna be the wind.

http://www.youtube.com/watch?v=ow6osGF3RVc


You know I hope you'll sing along, though it's not your favourite song,
Dont wanna be the wind, there's nothing left for me.


..And I hate the thought of finally being erased. But baby, that's the best of me.


Ps : Saja nak berjiwang. Lol kidding.  tak de la. Im having physics 2 paper tomorrow. Wish me the best. :D

Friday, July 22, 2011

Food food food.

 Kenyang perut , senang hati. 
 Seorang pencinta makanan amat suka dgn makanan. Dpt lihat dari jauh pun tak mengapa. 


Daim cake. Ikea meatballs.  Nak lagi. Recently in love with them hihi :D

Big Apple di Uia. 

Meja STUDY.

Ni meja bestie sama saya. Mirasyud. Kitorang memang pemakan.

Emergency food.

Oh patutla terasa tak senang. Gundah. Belum makan, huhu. Taktau la apa motif gmbar. Makes me hungrier. Heheh I wish makanan boleh turun dari langit sekarang.  McD ke! :D




Ps: Ramadhan is coming. Selamat berpuasa.  :)

Thursday, July 21, 2011

Mimpi.



Aku di angkasa memeluk glob dunia. Seperti si tukang tilik bersama bola ajaibnya. Bayangan kehancuran dan kerosakan di atas muka bumi muncul.  & tiba-tiba aku dibawa ke bumi bersama keluarga. Di suatu tempat yang penuh dengan umat manusia. Semua nya kelam kabut. Semua nya haru biru. Ku lihat ke belakang, Ombak besar. Yang seperti dahagakan manusia dan seluruh isinya. Semakin hampir.. terus dahiku melekat di tanah, bersujud. Hiba, takut, sgt takut dan berserah. Apa nasibku Ya Allah. Lalu, ombak besar mulai hampir, memakan dunia, memakan segala pencakar langit yang dahulunya gah berdiri, umat manusia dan... hm, aku. Mimpi membawa aku ke rumah pula. Tak fhm knp. Di ruang tamu aku ditenangkan ayah. Tapi. tidak sempat menyambung ke slot seterusnya, lg selagi. Tup. 


Dah, terus aku bangkit dari tidur. Masih dunia nyata. Masih ada. Diriku terkejut dan terlalu takut. Aku seperti mahu menangis. Tapi tidak tahu mahu cari siapa. Tgk phone pun no idea nak call siapa2. Tskk. My bb je ada. Merujuk kpd bantal busuk hihi, di peluk. I cried inside. Pagi2 dah macam ni. :(  takut. Ini seperti satu peringatan. Kan?



Ps : Adik2, Jgn lupa baca doa sebelum tidur. Tp , sy lain la. dah baca pun mimpi hari2. Semua style mengarut 5 minit dah lupa. Haha mainan syaitan. Kdg2 takut pula jd kenyataan. Kalau mimpi jumpa prince hensem je nak jd kenyataan. :P

Wednesday, July 20, 2011

Two zero.

In two months time. :) Tapi. ini ayat dulu.
How i wish. Haha but it's okay. :)


Ps : Nak dekat exam sgt lapaar. Huhu

Sunday, July 17, 2011

To a person;



Nota buat seorang teman jauh. Hari ini kalau boleh, sungguh aku mahu ada disisi.  Di kala susah, di kala senang. Maaf.. aku tiada. Cuma sungguh, harapan agar perasaan senang dan tenang sentiasa di hati, serta dipermudahkan segalanya. All is gonna be well soon for you. InsyaAllah.  

 :)

Tuesday, July 12, 2011

Sunday, July 10, 2011

Red Velvet Cake & Ice cream Oreo Sandwiches :D

Few photos of weekend's deserts. Made by me and kak ieda :) ARR SUGAR RUSH! 

















I named this Arsenal Cake !!!! 

Friday, July 08, 2011

Kisah Bola.

HOME SWEET HOME! Tiada kl. Ada Ipoh. Terasa tenang sekali ber chill di depan ruang tamu rumah ku. TV TV! Telivisyen di ON kan. Food Channel ditonton. Laparnye. Kakak kata mahu ke tesco membeli bahan bahan untuk membake the cake. Chocolate Cake katanya. Tapi kan, problem is, si kakak sedang tidur lena lagi dibuai mimpi. Haha. Uu lama tak bake. Hari ni nak buat jugak Ice cream sandwiches! :D

Sebenarnya, Si kakak ini, Syaheeeda. Baru saja pulang dari study di uk. Tahu tak dia sudah menjejaki tanah stadium Emiratess. sigh sigh.  Bila pula can aku? takpe wawa, one day! Tengok pencil case baruuu dari Stadium gah di north london itu. Thanks sis.  :D



13th July. Kira-kira lebih kurang 5 hari lagi. Arsenal vs Malaysia. Saya, yang sudah menjadi penonton setia Arsenal selama 6 tahun, begitu teruja untuk menyaksi kan the youngsters beraksi di padang stadium kita yang mcm oklaa. Excited. Mana mahu miss. Cuma terbayang tiba tiba ada Thierry Henry di sit sebelah, nak cakap apaa eh. Heyy what's up man? Ah confirm pengsan dulu. Heheheh.
Love you Arsenal. Mereka kemarau piala apa pun hati tetap kat gunners. Player mana mana nak pergi pun hati tetap kat gunners. Bukan taksub, serius tak obses. Cuma mcm biasa.  Bila dah jadi favourite team, dan cara dorang main suit dengan mata kita, confirm lah suka. Tapi yang tahap suka ni dah jadi sayang. Tengok dari jauh kat tv nampak macam semut kan dorang tapi dah tau 'Eh itu Fabregas! Eh itu no 14 , haa Theo Walcott.'. Tak kira apa, Arsenal tetap no 1.  Kita tetap setia. kalah menang sedih gembira tapi tetap ada depan tv next week. Nampak aeron ramsey kena tackle sampai patah kaki terasa macam kita pulak yang kena. Peminat kelab Manchester United kutuk Arsengal. Hesh, marah la dulu. Boo balik pun boleh. Hehe. Kalau suka, ibarat saya dengan Barcelona FC. Tengok kejap la suka. Tapi cepat lupa cara mereka. Lagi2 spanish league selalu keluar pagi-pagi buta. Baru first half, Tak larat mahu meneruskan ke masa seterusnya.

Heh, I dont know why suddenly I compared them. Sayang, Suka dengan subjek Bola.  Haha


Assalamualaikum.

Wednesday, July 06, 2011

Ku lihat air mata lagi.

12.36 am. Lampu bilik sudah dipadam. Dua orang kawan sebilik sudah mau tidur. Cermin mata dipakai lalu laptop kawan dibuka. Kali ini mari guna wireless Uia yang sangat awesome. Hehe. Terasa mahu menulis lagi. Maaf dipinta sekira ada yang terasa. Aku manusia biasa, punya perasaan yang mahu diluahkan namun kadang kadang tidak tahu apakah yang diluahkan itu tidak atau ada memakan hati sesiapa. Harap tidaklah. Sorry. :) Hari ini  ku dengar kisah baru, perihal si kawan yang seorang lagi, Si kawan yang tampaknya sentiasa positif. Si kawan yang aku sudah kenal hampir setahun lebih di sini. Aku masuk ke bilik, dia ada, air mata bergenang. Aku tanya kenapa. Oh, kisah persahabatan yang di sia sia kan. Alamak. Terasa pulak minggu ini minggu sedih ke apa. Effect juga pada diri tau huhu. Sudah banyak pula air mata jatuh kulihat. Aku mula meminjamkan telinga.  Kadang kadang dalam berkawan ada juga si racun. Si racun yang suka mengambil kesempatan atas sesuatu kebaikan, si racun yang tidak pernah mahu mengenal budi, si racun yang suka bermain dengan ego dan emosi. Merasakan diri gagah berkata 'Friend? Lets end it' akhirnya terbicara. Si racun rasa puas hati. Si kawan datang kembali merasakan tidak matang nya sebegini. Namun ditolak seperti tiada maruah dalam diri. Aah, cerita ikhlas ikhlas berkawan akhirnya kena backstabbed la ni. Aku juga mengenal siapa2 di dalam cerita ini. Tapi siapa aku untuk berkata lebih. Aku suruh si kawan diam, relaks lah kalau rasa dah buat benda betul. Harimau yang diam itu lagi ditakuti daripada anjing yang dipukul menyalak. Yang pasti, si kawan akhirnya mengenal siapa kawan siapa lawan. Menangislah sepuas puas nya ok. Awak tak rugi wahai si kawan, Esok bangkit. :)

  Awal malam, thanks Hazimah Lieww Hihihi for the guitar. Kawan sebilik Syud namanya mula memetik tali gitar. Rindu le tu. Vokalis harusla wajeehah. hahaha. Raja, bersama si kawan. Mulaaa dari lagu love light, banmal, menanti sebuah jawapan, hadapi dengan senyuman, jars of hearts, hey soul sister, price tag, marry you, dan akhirnya rindu setengah mati. Layan. Agak awesome syud. Berapa kali lagu Aku rindu setengah mati dia main. Lagu penuh syahdu.

  Lewat malam, Jumpa balik si Hazimah Liew. Hehe my soul sister kat sini. Sengaja mahu betanya khabar, akhirnya 5 minit jadi 2 jam? Haha. Nampak sedih lagi raut wajahnya. Aku faham ,cerita dia aku boleh rasa. Cerita, pendapat, luahan hati semua lebih kurang. Soul sister! :D Tapi hari ini, membuat aku rasa gusar kembali. Ia datang lagi. Kadang kadang bila sebuah kenyataan itu sedang berlaku, kita lebih suka mahu untuk berpura pura sebentar. Padahal, entah. Mungkin dari sebentar, boleh jadi lama. Ya, tiba tiba aku takut. kadang-kadang aku mahu, tapi aku tak tahu.

Assalamualaikum. 

Monday, July 04, 2011

Apa pun tak boleh.

Salam. Petang ni ada quiz kimia. Tapi merasakan otak perlu rehat, Hehe yela tu en.. jadi laptop aku buka. Broadband dipasang. Hm, terasa mahu menulis. Semalam aku dan rommate meminjamkan bahu kepada seorang lagi kawan baik kami, aduhai berderai air matanya. Sedih. Tak pernah kulihat dia kesedihan sebegitu rupa. Sakit dia rintih, kenapa dia selalu kena macam tu. Dulu sahabat baik menikam belakang , sekarang seorang teman lelaki. Dulu mencari, harapan diberi, namun di hati tiada redhai. Bila si perempuan sudah hampir memberi hati, akhirnya terluka hati. Si perempuan hanya mahu menjadi diri sendiri, sudah acap kali berkata yang dia tidak pernah ber relationship, maka dia tidak bersedia. Walau di hati terdetik, namun chill chill belum lagi. Si lelaki akhirnya tidak dapat menerima, lalu memulakan agenda membalas sakitnya dihati. Haih, kemon la bro. Aptb. Caci maki diberi, hati perempuan di anggap macam batu. Kasar kasar perempuan tu pun, sakit juga tahu tak. Mahu main tarik tali sangat, tak de guna bro kalau tak de keberanian dalam hati.  Aku juga pernah merasa sekali. Ya, sedih. Tapi, atleast bagi aku cara si dia lebih gentleman. Tak pernah pula berkasar. Susah mana nak lepas, si dia tetap pernah ada dalam hati, aku cuba untuk faham. Orang tanya kenapa aku nampak kuat sangat, ye la tu. Takes time juga. Di hati siapa tahu. Tapi aku redha, kerana syg aku lepas. Tapi dahla kan. Buat apa mahu kecoh, Jodoh itu di tangan Tuhan.  Entahlah, Cuma berdoa si kawan kuat. Apa aku tahu si kawan dia perempuan sejati, bukan seperti yang lain. Dia sedih, aku sedih. Dia happy, aku happy. Dia sakit, aku sakit. Akhir kata, rilek rilek je kawan. :)

She’s a keeper, too bad you didn’t keep her.



Sunday, July 03, 2011

Kata hati.

I miss my familyy. :)


wechoria , wechoria daradiridaraduu.  Melayan lagu korea tanpa menyedari esok ada ujian kimia. Jgn salah sangka, Tak addict pun K-Pop. Hehe.  Selama ber chill chill kat bilik, membaca blog, membaca buku cerita sejarah para Imam tulisan Abdul Latip Talib diberi pinjam seorang kawan bernama Meor. Menarik apabila membaca cerita zaman dahulu. Gemilang nya Islam, luhurnya peribadi mereka, dan menarik juga cerita sejarah kan. Aku suka. Tiba-tiba datang inspirasi. Walaupun macam tiada kaitan, Manusia berubah kan. Fakta lew tu. Usia mendewasakan, kita pun menjadi lebih berpengalaman. Tapi bagi aku, yang dewasa itu adalah siapa yang belajar daripada segala pengalamannya. Aku berubah? Mungkin. Aku pun tidak tahu. Semoga ya. Umur pun 19 lagi. Dunia luas, jiwa kurasa perlu di isi. Tapi.. Soal ni, aku pun tidak tahu nak berkata-kata lebih. Kadang kadang aku pun lemah. Aku cuma harap. Aku boleh jadi dewasa.
Btw. Maaflah, bila cakap tentang sejarah. Haiya.  'a mutual friend from the past'. Tu diaa datang balik. Dari mana datang balik tu. Biar la rahsia. friend? Ya lah. Atleast aku pernah rasa mereka itu friends. TakpaAku dah maaf kan. Jangan risau. So senyum lah anda sepuas puasnya. :)

Ps : Trimas kepada kawan-kawan si pemuzik jalanan. Cinta manusia datang dan pergi. Cinta Tuhan itu pasti. dan ya lah, kecundang itu proses untuk kita menjadi pencinta yang gemilang! Cewah. and and btw, lupa ada tumblr. baru mau active. http://wajeeshock.tumblr.com/. Hehehehe 

Really, medic..

Hi,
Good day people! You know what, there's those time when I just dont know whether Im taking the right path  now. Basically this is about my academic things. eh no, part of life. Im now doing the foundation program of Medical in UIA. So far so good, I've been keeping a 3.8 track for every semester Alhamdulillah. Not to boast out or what, no lah. Hopefully I can mantain or do better. But then, Eventhough being a doctor has been my childhood's dream but sometimes I just feel so insecure whether this is what I can do. I know I can, but the commitment is very high, based on what some experienced people told me. I am not really a really dilligent students like who I was in high school anymore. Right now Im more a relaxed person, I prefer to focus and understand the content pastu gi main main hehe. rather than studying the book for 24 hours. I mean it's still not enough i know Degree lain kot, banyak hafal. Hm I dont like to put force on myself anymore like what I did during Spm. I know no complain and more effort is needed in every goal that we want to achieve, but it just came to my mind whether I can do it..studying..too much. hihihi. Entahla, sekarang rasa agak insecure je kot kan. Takpe lah study je cara kita. Other people can, why cant I? :D  Oh I also have the thought of being a professional baker or pro chef one day. Hahaha. Side dream la yang itu. Hmm it's fine la, apa yang kita ada sekarang adalah peluang kita. Pray for the best je. Assalamualaikum.

Saturday, July 02, 2011

Akan ku bawa dia terbang.

Gembira. Aku rasa. Terasa bersyukur kepada Allah Maha Agung dengan apa yang ada. Tiada apa yang baru. Cuma, terasa kuat dan dekat. Terasa lebih bebas. Dunia pun nampak luas. Pemikiran pun lebih matang. Bila terfikir, Manusia yang berspecies homosapien ini, sentiasa pula melukai dan dilukai. Bodoh kan kita? Tapi bodoh kah? Mana aku tahu semuanya itu. Sesungguhnya kita ini banyaknya jahil. Pening kan. Apa yang aku tahu, aku tak mahu hidup dalam bayang-bayang penuh dusta. Sekarang adalah lebih baik untuk menjaga habluminallah dan habluminannas kita. Dunia pun tak lama. Walaupun mungkin perjalanannya tidak akan seperfect yang kita mahu, namun cubalah..bermaaf maaflah, bersangka baiklah, dan berbuat baiklah. Moga hikmahNya dalam setiap sesuatu pun sentiasa dapat dirasai dan difahami aku dan kamu juga. Moga-moga perasaan susah dan serabut terus hilang terbang sejauhnya. Mungkin kadang kadang kita terasa tiada berani lagi untuk mencuba dalam kehidupan ini. Tapi bak kata seorang sahabat aku yang seorang lagi, jangan terlalu kecewa, nanti merana.  Dan apabila tiba musibah, katalah ; Ya, aku tak kalah, cuma perlu masa. Nanti bangkit semula. :) Semoga aku dan kamu semua kuat. Jangan ditanya, Jangan mula memberi persepsi. sengaja mahu menulis. Im fine saja. ;D

Study Organic Chemistry masa weekend bestnya lah, hehh. Tiba2 craving Mcflurry :DD
 Next week mau balik! My friend Syakir's coming yay. Dan ada birthday org tuu. Kakak saya :)